6 Tips Menguruskan Sistem Ejen Yang Berkesan – No 2 Founder Wajib Tahu !

6 TIPS UNTUK MENGURUSKAN SISTEM EJEN YANG BERKESAN

Salah satu cara yang akan digunakan oleh pengasas sesebuah produk untuk meningkatkan jualan dan memasarkan perniagaan mereka adalah dengan menggunakan sistem ejen. Ejen-ejen ini akan bertindak sebagai perantara antara pengasas dan pelanggan untuk memudahkan pembelian dibuat, lebih-lebih lagi bagi pelanggan yang berada jauh dari ibu pejabat pengasas. Dengan memiliki ramai ejen di serata Malaysia, para pengasas mampu memasarkan produknya ke serata Malaysia dan para pengguna boleh mendapatkannya dengan lebih mudah dan cepat.
Tetapi, memiliki ejen yang ramai bukan sesuatu yang mudah bagi para pengasas di luar sana. Anda akan menghadapi risiko di mana ejen anda mula tidak aktif membuat jualan, ejen semakin berkurangan dan tidak mahu lagi menjual produk anda.
Anda mesti tertanya-tanya, di manakah silapnya ? Jadi, Ejen2u akan kongsikan tips-tips yang boleh anda gunakan selepas ini !

6 TIPS MENGURUSKAN SISTEM EJEN YANG BERKESAN
1. Berikan Ganjaran
Ganjaran merupakan salah satu aspek penting dalam sistem ejen kerana dengan ganjaran boleh meningkatkan semangat ejen-ejen untuk melakukan jualan. Anda boleh menetapkan sasaran kepada ejen untuk mereka mendapatkan ganjaran yang disediakan.
Ganjaran yang anda akan berikan boleh datang dalam pelbagai bentuk. Contohnya seperti pakej percutian, barang kemas, gadjet elektronik, pakej makan malam di hotel mewah dan lain-lain.
Ganjaran yang diberikan akan membuatkan ejen-ejen anda rasa dihargai dan segala usaha mereka melakukan jualan untuk produk anda disedari oleh anda. Ini akan membuatkan mereka merasa tidak sia-sia dan tidak syok sendiri dalam melariskan produk anda.
2. Pengurusan Ejen Yang Sistematik
Pengurusan ejen yang sistematik amat penting bagi seseorang pengasas, lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai beribu-ribu orang ejen. Sistem ejen yang tidak sistematik membuatkan anda terlepas pandang ejen yang memerlukan bimbingan dan sokongan. Ini adalah salah satu faktor ejen anda akan berkurang. Ejen adalah sangat penting bagi seseorang pengasas. Jadi, adalah amat penting untuk anda menjaga setiap ejen anda dengan baik. Tetapi, bagaimana anda mahu menguruskan ejen-ejen anda yang beribu sedangkan anda sibuk dengan pengurusan bisnes anda ?
Pada era arus teknologi ini, terdapat satu platform pengurusan ejen yang dapat membantu para pengasas produk di luar sana untuk memantau aktiviti dan prestasi ejen-ejen anda hanya dalam satu sistem. Selain itu, melalui sistem pengurusan ejen, anda juga akan dapat memantau prestasi syarikat anda bagi memudahkan anda untuk merancang strategi pemasaran yang seterusnya.
Melalui sistem pengurusan ejen yang sistematik, anda akan lebih mudah untuk menguruskan aktiviti ejen anda tanpa terlepas pandang banyak perkara. Memiliki sistem pengurusan ejen merupakan salah satu pelaburan perniagaan yang sangat menguntungkan ! Anda tidak perlu pening kepala untuk memikirkan apakah sistem pengurusan ejen yang terdapat di pasaran. Ejen2u boleh membantu anda !
3. Sediakan Marketing Tools
Bagi membina sebuah sistem ejen yang berkesan, anda perlu menyediakan bahan pemasaran yang mencukupi untuk ejen anda. Hal ini adalah kerana, ada antara ejen anda yang menyertai perniagaan anda sebagai pekerjaan sampingan dan mereka tidak ada masa untuk memikirkan content dan posting yang perlu mereka lakukan pada setiap hari.
Jadi, untuk memudahkan ejen-ejen anda, anda boleh menyediakan pelbagai bahan pemasaran seperti :
-
Gambar produk : Sediakan gambar yang berkualiti dan menarik.
-
Info produk : Sediakan details lengkap info tentang produk anda sama ada dalam bentuk gambar atau video.
-
Flyers : Sekiranya ada ejen-ejen anda yang ingin melakukan offline marketing, mereka boleh edarkan di tempat mereka.
-
Testimoni : Sediakan gambar atau video keberkesanan produk anda supaya mudah ejen-ejen anda untuk meyakinkan pelanggan mereka.
-
Content Tips : Sediakan content yang berkaitan dengan tips-tips atau sharing untuk dikongsikan kepada ejen-ejen anda supaya content mereka tidak hanya untuk menjual sahaja.
4. Tetapkan Sasaran Jualan Bulanan
Bagi membina sistem ejen yang berkesan, anda perlu menetapkan sasaran jualan yang perlu dicapai ejen pada setiap bulan. Sasaran jualan atau Key Performance Indicator (KPI) perlu jelas dan difahami setiap ejen.
Jika ejen tidak dapat mencapai sasaran, anda boleh memberi bimbingan khas kepada mereka untuk mengetahui permasalahan yang mereka sedang hadapi.
Hal ini akan meningkatkan semangat ejen untuk terus mencapai sasaran jualan bulanan apabila pihak pengasas menyediakan ganjaran kepada mereka yang mencapai sasaran jualan pada setiap bulan.
5. Gathering
Sekali sekala anda perlu adakan gathering bersama ejen-ejen anda untuk meningkatkan lagi ukhwah sesama organisasi. Dengan cara ini, anda dapat membina sebuah jalinan mesra bersama ejen-ejen anda sekaligus akan membuatkan ejen-ejen anda setia pada anda kerana mereka mula rasa selesa untuk bersama dengan organisasi anda dan sering diberikan layanan seperti sebuah keluarga. Ini akan memberikan pengalaman yang indah dan baik kepada ejen-ejen anda dan tiada sebab untuk mereka menarik diri dari perniagaan anda.
Salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan semasa gathering berlaku adalah anda boleh menjemput ejen atau stokis yang ternama untuk memberikan sharing session bagi meningkatkan lagi semangat ejen-ejen anda untuk membuat jualan dan menjadikan mereka sebagai inspirasi.
6. Berikan Bimbingan dan Sokongan
Sistem ejen yang berkesan bergantung kepada bagaimana pengasas mereka memberi bimbingan dan sokongan kepada ejen-ejen mereka. Sangat penting untuk anda melatih ejen-ejen anda tentang pemasaran dan juga jualan.
Anda boleh mengadakan satu kelas untuk berkongsi ilmu di Zoom atau Facebook Live pada setiap minggu. Dalam sesi ini juga, anda boleh bertanya kepada ejen-ejen anda, apakah perkara tentang bisnes yang mereka hendak tahu atau permasalahan yang mereka sedang hadapi sepanjang menjalankan perniagaan. Anda boleh menyokong sekiranya ada ejen anda yang mencari inisiatif sendiri untuk mempelajari ilmu perniagaan dengan memberikan mereka tiket kelas percuma kepada ejen yang berminat untuk tambah ilmu tentang perniagaan. Ini akan menunjukkan yang setiap ejen yang mendaftar di perniagaan anda sangat penting dan berharga untuk anda.
Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk menguruskan ejen-ejen anda dengan berkesan dan sekaligus meningkatkan jualan perniagaan anda.
Jangan lupa untuk sentiasa raikan ejen-ejen anda sebagai sebuah keluarga besar yang bersama untuk mencapai satu matlamat.
Ejen2u,
Sama-sama Naik !

Mengenai Penulis
Chief Communication Officer, Saffian Mahmud
- Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
- Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
- Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.