
Konsep Centralized & Trading Dalam Dunia Ejenship

Sistem Centralized & Trading Dalam Dunia Ejenship
Berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun didalam industri ejen dan stokis, kita dapati bahawa syarikat-syarikat besar seperti Amway, Avon dan TupperWare mempunyai jangka hayat berbisnes yang panjang malah masih kekal bertahan sehingga kehari ini. Dan dalam dunia industri ejen dan stokis ini, rata-rata founder yang membina syarikatnya pasti bermula dengan mengurus syarikat secara manual menggunakan buku catatan dan mengurus ejen secara manual. Mungkin menggunakan excel dan juga WhatsApp.
Oleh sebab itu, syarikat yang baru nak bermula ini biasanya menggunakan Sistem Trading dalam urustadbir ejen mereka.

Ciri-Ciri Sistem Trading Dalam Dunia Ejenship
-
- Sistem TRADING lazimnya bermula dengan 2 lapis (tahap), Stokis sebagai pembekal produk kepada pasukan ejen mereka, manakala ejen menjualkan produk kepada dropshipper dan pelanggan akhir.
- Sistem TRADING bersifat founder hanya berurusan menjualkan produk dengan stokis sahaja, kemudian stokis akan meminta ejen untuk mengikis stoknya untuk dijual kepada pelanggan akhir.
- Sistem TRADING, founder hanya mengenali stokis sahaja, simpanan kira-kira berhubung transaksi jualan hanyalah antara founder dan stokis sahaja. Founder tidak memantau urusan jual-beli antara stokis dan ejen.
- Sistem TRADING membolehkan/mencetuskan amalan konsainmen hutang antara stokis dan ejen. Stokis dahulukan produk, ejen bayar kemudian setelah mendapat untung. Maka berlakulah juga cabaran hutang berkulapuk tidak berbayar antara ejen dan stokis.
- Sistem TRADING memberikan stokis memegang stok yang banyak, menuntut untuk stokis segera untuk menghabiskan simpanan stoknya setiap bulan dengan mengerahkan ejen-ejennnya membuat jualan. Sekiranya produk tidak terjual dan berlaku perlambakan, maka aktiviti buang harga di ‘market-place’ pasti berlaku.
- Sistem TRADING mempunyai cabaran mengenai founder tidak dapat mengenali dan memantau siapakah ejen-ejennya yang benar-benar skilful berprestasi baik membuat jualan, tidak mempunyai database keberadaan ejen-ejennya. Sekiranya stokis ingin beralih angin berhijrah ke syarikat lain, stokis akan membawa keseluruhan pasukannya untuk turut berhijrah, akhirnya founder akan berputih mata kerana kehilangan pasukan ejen yang melariskan jualan produknya.
- Sistem TRADING mempunyai cabaran yang mana founder sukar untuk turun padang ke peringkat lapis/tahap ejen yang paling bawah kerana pejuang sebenar syarikat adalah ejen-ejen diperingkat akar umbi, merekalah yang sepatutnya diberi penghargaan yang setimpal. Sedangkan stokis bersifat seperti orang tengah sahaja. Tetapi dengan database didalam tangan founder hanyalah prestasi jualan stokis sahaja, apabila founder memberikan penganugerahan kepada stokis sahaja, ejen-ejen diperingkat akar umbi akan ‘sentap’ lantas berjauh hati dengan syarikat.

Centralized Dalam Dunia Ejenship
-
- Sistem CENTRALISED secara online membolehkan founder memantau rekod transaksi penempahan, pembelian, capaian invois, capaian resit, urusan logistic stok keluar-masuk produk, urusan penghantaran produk secara kurier, pengagihan komisyen, statistik kelajuan jenis-jenis produk terjual, mengetahui jumlah sebenar ejen yang direkrut, maklumat lokasi ejen, prestasi jualan setiap seorang ejen, siapakah ejen yang cekap merekrut ejen baharu, siapah ejen yang cekal membuat jualan peribadi, siapakah stokis yang mempunyai skil kepimpinan dalam memastikan kesemua ejen-ejen dalam pasukannya membuat jualan peribadi, mengenalpasti apakah bentuk pendekatan berpromosi untuk menyemarakkan pemasaran dan penjualan produk.
- Setiap lapis/tahap stokis dan ejen tidak perlu menyimpan stok yang banyak agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan jualan produk yang ada didalam tangan dan juga mempunyai masa untuk merekrut ejen baharu. Kerana intipati sebenar industry ejen dan stokis adalah stokis mampu memimpin sejumlah besar ejen. Stokis dan ejen semuanya saling menjualkan produk kepada dropshipper dan juga kepada pelanggan akhir. Apabila stok tidak begitu banyak, produk sempat habis terjual, maka masalah buang harga akan dapat diminimakan.
- Apabila founder dapat memantau kesemua lapis/tahap ejen dan stokis mereka, maka segala bentuk penghargaan dan penganugerahan diberikan secara setimpal seiring dengan komitmen, kecekapan penjualan produk yang dikesan melalui bukti pencapaian KPI jualan setiap seorang ejen dan stokis.
- Founder lebih mudah turun padang menyelia, melakukan tindak susul penambahbaikan, menyelar tindakan ejen yang sendu dengan memberikan dorongan, menghargai ejen yang berprestasi dengan pemberian. Founder boleh laksanakan mekanisme post-mortem sekiranya berlaku kemerosotan jualan, melaksanakan latihan usahawan untuk memperkasa skill penjualan produk kepada pelanggan akhir.
- Sistem CENTRALISED secara online sebenarnya suatu bentuk mekanisme urustadbir ejen dan stokis yang terbukti berkesan kerana ianya diamalkan oleh syarikat-syarikat ejenship berprestij serata dunia. Adalah menjadi suatu kebijaksanaan untuk kita mengikut gelagat dan kaedah mereka-mereka yang benar-benar telah berjaya. Kerana kejayaan yang ditiru secara konsisten, boleh menghasilkan kejayaan yang lebih kurang sama darjahnya, selamamana termaktub denga amalan budaya berbisnes yang betul dan dibenarkan oleh undang-undang (dan agama juga ya).

Mengenai Penulis
Chief Communication Officer, Saffian Mahmud
- Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
- Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
- Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.