
Siapa Master Stokis Sebenarnya?

Master stokis, lazimnya merupakan antara tahap status usahawan yang tertinggi didalam industri ejen dan stokis. Untuk mencapai tahap Master stokis, kita perlu tahu ciri-ciri Master stokis yang tertera dibawah
Ciri-Ciri Master Stokis
1. Master Stokis pada makna yang lebih rasional, dahulunya merupakan stokis yang setia berjuang bersama dengan syarikat, mencapai KPI jualan yang membanggakan setiap bulan. Dahulunya seorang stokis yang mempunyai ramai pasukan ejen (agen) yang bernaung dibawahnya. Setiap seorang ejen (agen) mereka berjaya mencapai KPI jualan masing-masing.
2. Master Stokis mempunyai pasukan stokis yang tangkas dalam memandu dan memimpin pasukan ejen (agen) agar mereka semua sentiasa terisi dengan ilmu dan kaedah penjualan produk/servis yang betul.
3. Master Stokis memegang stok produk yang besar, mempunyai kapasiti pasukan stokis dan ejen (agen) yang ramai. Membekalkan stok kepada semua pasukan stokis dan ejen (agen), memastikan stok yang ada dalam tangan stokis dan ejen (agen) habis terjual kepada pelanggan akhir. *(Diatas adalah contoh Master Stokis berstruktur trading).
4. Master Stokis yang memegang stok yang besar mempunyai pelan rancangan harian, mingguan dan bulanan untuk segera menghabiskan penjualan produk yang berlambak didalam tangan. Diberi kepercayaan yang tinggi oleh founder untuk menjualkan produk kepada stokis dan ejen (agen) diperingkat bawahan tanpa terlibat dengan aktiviti buang harga. Kebiasaannya, untuk menjadi seorang Master Stokis, seseorang perlulah menunjukkan prestasi penjualan produk yang luarbiasa terhadap founder bertahun-tahun lamanya. Menangi hati founder, maka layaklah seorang stokis diupgradatasi naik taraf menjadi Master Stokis.
5. Master Stokis lazimnya merupakan seorang speaker produk yang amat-amat-amat mengenali produk/servis yang ditawarkan. Cekap dalam pengiraan komisyen yang ditawarkan oleh syarikat. Menyokong segala kata-kata dasar founder dan pelan induk pemasaran syarikat. Tangkas dalam membuat tindak susul memantau prestasi dan aktiviti penjualan produk/servis oleh kesemua pasukan stokis dan ejen (agen) mereka. Pandai berdiplomasi dan meredakan sebarang isu sesama pasukan stokis dan ejen (agen), agar keharmonian berbisnes dapat dipertahankan secara brterusan.
Master Stokis pada amatan penulis adalah merupakan stokis yang mendapat penghargaan dan kepercayaan tinggi oleh founder syarikat. Founder juga jangan cepat dan mudah upgrade mana-mana stokis atau ejen (agen) menjadi Master Stokis.
Tahap Master Stokis hanya boleh dicapai setelah seseorang stokis menghabiskan bertahun-tahun menyemai dan berjuang bersama syarikat. Bukan sekadar lama berjuang, bahkan berjaya menggerakkan pasukan ejen (agen) mencapai KPI jualan yang memberangsangkan. Hanya stokis yang berkepemimpinan sahaja layak menjadi Master Stokis!

Mengenai Penulis
Chief Communication Officer, Saffian Mahmud
- Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
- Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
- Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.