5 Idea Bajet Rendah Untuk Marketing Anda

by | Sep 16, 2022 | Marketing Strategy | 0 comments

KISAH SEDIH TUPPERWARE

Low Budget Marketing Ideas

Masa berubah dengan pantas. Teknologi makin berkembang pesat. Yang tidak mengikuti arus teknologi terkini, pasti akan tertinggal kebelakang. Ekonomi makin bersifat globalisasi dengan penghasilan produk-produk pesaing yang pelbagai, juga kaedah saluran bisnes yang pelbagai. Tupperware makin ketinggalan dari arus perdana bisnes masakini yang lebih menjurus kepada e-dagang/marketplace.

Perkara asas bisnes yang diamalkan oleh Tupperware serta strategi bisnes yang silap menyumbang kepada kejatuhan Tupperware yang sedang menuju ke arah bankrupsi.

Ya, Tupperware menuju ke arah bankrupsi. Tupperware gagal menetapkan asas bisnes jualan langsung, melakukan kepelbagaian penjualan produk-produknya ke saluran perniagaan penjualan di rak-rak kedai, penjualan secara online e-dagang/marketplace (agak terlambat), tetapi tidak jitu dalam pemilihan penjualan produk yang sesuai.

Tupperware terpaksa bersaing dengan produk-produk pengganti lain seperti Rubbermaid, Glad, Ziploc, Pyrex, Joseph Joseph dan juga produk bekas makanan boleh guna semula seperti DoorDash dan GrubHub. Belum lagi jutaan produk cetak rompak haram mirip Tupperware yang dibangunkan dengan rakusnya di Tanah Besar China, jual dengan harga yang amat jauh lebih murah!

Tupperware juga mengenengahkan produk-produk dengan pendekatan dan desain yang agak ketinggalan zaman, tidak begitu memenuhi kehendak dan selera pengguna-pengguna muda Gen-Z dan Gen-Alpha. Pelanggan mahukan Beeswax paper, bekas kaca dan seramik serta kitchen organizer. Tupperware tidak hasilkan. Pelanggan tidak lagi cenderung menggunakan 2-in-1 microwave and gril, pressure cooker dan mini food processor. Tetapi Tupperware hasilkan juga!
Kesedaran pegguna yang merasakan produk plastik adalah tidak mesra alam dan tidak mesra kesihatan juga antara faktor penyebab mengapa Tupperware semakin dipandang sepi.

Lebih menyedihkan, apabila Tupperware mempelbagaikan saluran penjualan produk-produknya di kedai-kedai dan juga menjualkan produk secara terus kepada pengguna melalui e-dagang/marketplace, tanpa strategi yang betul dan berempati, Tupperware telah merosakkan hubungan baiknya dengan ejen-ejennya. Kerana ejen-ejennya terpaksa pula bersaing secara tidak sihat dengan kompeni mereka sendiri! Ejen nak jual produk Tupperware kepada pelanggan masing-masing. Pelanggan ejen pula membeli secara terus dari Tupperware melalui salurn e-dagang/marketplace. Ejen berputih mata kerana terasa seperti Tupperware adalah haruan makan anak!

Bila pelanggan pergi ke website Tupperware melihat harga produk-produknya yang agak mahal, pelanggan-pelanggan beralih pula kepada bekas-bekas plastik yang lebih murah seperti Mr. DIY dan juga Eco Shop.

Aset Tupperware semakin berkurangan, bergantung dengan wang pinjaman pembiayaan tambahan, sehingga terpaksa membuat penstrukturan semula penjaman kewangan, bukti bahawa aset cairan tunai mereka semakin tipis, menjadikan Tupperware seolah-olah seperti telur dihujung tanduk!

Tupperware juga sedang bertungkus-lumus berhempas-pulas berjuang untuk mengelak daripada dibuang dari senarai Bursa Saham New York, diberi amaran kerana tidak memfailkan laporan kewangan tahunan.

Dari segi bisnes, Tupperware makin merudum. Dimata pelabur dan pasaran, Tupperware makin merudum. Mengingatkan kita kepada kisah kegagalan Nokia yang tidak beradaptasi dengan kehendak pengguna. BlockBuster Videos yang gagal dari segi distributasi tayangan video cara lama, (kaset video) tidak bertukar kepada strim video secara online, sehingga dicantas oleh Netflix!

Tupperware dengan namanya yang gah, penganugerahan dan sanjungan yang banyak seantero dunia, semuanya tinggal kenangan manis semata-mata. Akan bertukar menjadi kenangan pahit sekiranya bangkrap sepenuhnya!

Low Budget Marketing Ideas

5 IDEA BAJET RENDAH UNTUK MARKETING ANDA

1. Strategi Content Marketing 

Content Marketing boleh membantu anda dengan menggunakan content yang berharga dan menarik untuk menarik minat pelanggan untuk melawat bisnes anda terutamanya ke platform sosial media anda secara organik.

Terdapat banyak lagi Content Marketing yang anda boleh terokai. Antaranya ialah :

  • E-book
  • Infografik
  • Quiz
  • Youtube Video
  • Vlog
  • Podcast

Namun, Content Marketing tidak terhad kepada senarai di atas okay ! Penting untuk anda pilih Content Marketing anda berdasarkan kepada target market anda. Tidak kira yang mana anda akan pilih, pastikan matlamatnya adalah untuk memberikan maklumat kepada pelanggan anda dan membimbing mereka kepada bisnes anda.

2. Professional Website 

Membina jenama dalam talian adalah penting untuk menyebarkan brand awareness tentang jenama anda. Anda boleh membuat satu professional website untuk produk dan syarikat anda yang berfungsi sebagai satu pusat untuk semua maklumat yang berkaitan dengannya. Ini akan memudahkan para pelanggan anda untuk mendapatkan segala informasi yang dicari hanya dalam satu tempat.

Anda boleh meletakkan logo bisnes anda di website dan ianya juga akan mengukuhkan kredibiliti syarikat anda dan memudahkan orang ramai menemui anda. Anda juga boleh mengisi website anda dengan pelbagai informasi dan maklumat yang menarik untuk pelanggan anda seperti catatan blog, video, e-book, kod QR dan banyak lagi yang boleh mendekatkan mereka dengan jenama anda.

3. Email Marketing 

Email Marketing adalah salah satu idea yang efektif yang boleh anda laksanakan dalam marketing bagi perniagaan kecil. Anda boleh sediakan content yang mampu menarik minat para pelanggan anda seperti catatan blog dan perkongsian sumber atau ilmu percuma yang berguna supaya emel anda tidak dilabelkan sebagai spam.

Anda boleh menjadikan emel marketing sebagai aktivti mingguan yang dijangkakan oleh para pelanggan anda dalam peti inbox emel mereka. Apabila anda memperoleh ramai pelanggan yang mendaftar pada emel anda, anda boleh mensasarkan pada minat dan keutamaan pelanggan anda sebelum menghantar emel yang seterusnya.

Untuk membuat orang ramai mendaftar pada emel anda, anda boleh berikan mereka ganjaran kepada pelanggan baru dengan tawaran istimewa seperti E-book yang boleh dimuat turun atau kod kupon untuk pembelian di kedai anda.

4. Local Awareness 

Ambil usaha marketing perniagaan kecil anda di luar talian dengan membina populariti jenama anda dalam kalangan ahli komuniti setempat anda. Bermula dari kecil iaitu dengan acara tempatan dan rangkaian berita kerana ianya boleh memberi anda peminat setia dari peringkat awal perniagaan anda.

Anda boleh melibatkan diri dengan menaja acara tempatan di kawasan komuniti anda dan dengan sukarela jadikan produk berjenama anda untuk digunakan dalam produksi tempatan, festival dan bengkel. Anda juga boleh melibatkan diri dalam projek komuniti seperti kutipan derma sekolah, penghantaran makanan dan usaha tanpa keuntungan yang lain. Ini bukan sahaja akan meningkatkan awareness jenama anda, tetapi ia juga akan menarik pelanggan yang menyokong kerja baik anda.

5. Insentifkan User Engagement 

Dengan kebangkitan media sosial, user engagement telah menjadi strategi marketing perniagaan kecil yang penting. Anda boleh menawarkan insentif kepada pelanggan anda untuk memaksimumkan usaha penglibatan anda dalam talian. Untuk meningkatkan engagement di media sosial anda, anda boleh galakkan orang ramai berkongsi content dengan mengadakan peraduan dalam talian, cabaran media sosial dan banyak lagi. Cetuskan minat khalayak anda dengan menawarkan hadiah kepada pemenang, seperti diskaun dan kupon untuk produk anda. Lebih ramai orang berkongsi siaran tentang produk anda, lebih banyak anda akan mengembangkan reach anda dan membina brand awareness.

Anda boleh melaksanakan insentif serupa untuk referring pelanggan baharu kepada jenama anda. Program referral ialah cara yang berkesan untuk mendapatkan leads, kerana orang ramai lebih gemar mendengar cadangan rakan mereka yang dipercayai.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk melaksanakan strategi marketing tanpa risau lagi tentang bajet bulanan sekaligus mampu meningkatkan jualan perniagaan anda.

Ejen2u,

Sama-sama Naik !

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.