5 Kelebihan Strategi Content Marketing

by | Aug 14, 2022 | Marketing Strategy | 0 comments

5 KELEBIHAN STRATEGI CONTENT MARKETING 

Kelebihan Strategi Content Marketing

Dalam dunia bisnes, kita tidak akan lari daripada membuat marketing, tidak kira sama ada bercerita tentang produk kita secara langsung ataupun perkongsian ilmu yang berkaitan dengan bisnes kita. Marketing adalah sangat penting dalam menjalankan sesebuah perniagaan dan ianya sehingga telah menjadi sebuah pekerjaan tetap bagi sesebuah organisasi yang besar. Marketing tidak hanya tertumpu pada pembuatan iklan di televisyen, radio atau surat khabar. Dalam dunia teknologi yang semakin meluas hari ini, strategi marketing telah semakin meluas. Pelbagai strategi yang boleh dilakukan dalam melakukan marketing. Salah satunya ialah Content Marketing yang secara umumnya telah dilakukan oleh semua ahli perniagaan secara langsung mahupun secara tidak langsung. Tapi, adakah anda tahu, apakah kelebihan yang akan anda dapat daripada melakukan strategi Content Marketing ini ? 

Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita ketahui terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan Content Marketing ini. 

Kelebihan Content Marketing

Apa Itu Content Marketing ? 

Content Marketing adalah merupakan pendekatan penjualan soft-sell yang mampu menarik perhatian pelanggan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan setia dengan menggunakan content yang memberi manfaat kepada mereka. Ia merupakan gabungan daripada teknik jualan dan organic marketing dalam satu platform.

Dalam bahasa yang lebih mudah difahami, content marketing adalah satu jenis cara pemasaran secara online yang melibatkan penghasilan dan perkongsian tulisan, video, ilmu di media sosial dan blog yang tidak secara terang-terangan mahu menjual, tapi lebih kepada membina engagement dan membina minat orang ramai kepada produk atau perniagaan anda.

Content ini menjadi penting kerana jika anda menggunakan dan melakukan strategy content marketing, ia akan membantu anda mencapai marketing goals serta target revenue anda !

Strategi Content Marketing

5 Kelebihan Strategi Content Marketing Yang Perlu Anda Tahu !

Menarik Prospek Baru

Content boleh diibaratkan sebagai sebuah magnet dan magnet ini akan dapat menarik perhatian orang lain. Daya tarikan ini akan menarik keinginan orang untuk terus follow anda. Kuncinya adalah dengan memerhatikan kualiti content tersebut dengan menyajikan informasi yang releven dan keinginan target market.

Content yang akan anda lakukan tidak semestinya akan menceritakan tentang produk anda semata-mata. Anda juga boleh melakukan content tentang permasalahan pelanggan masa kini yang berkaitan dengan bisnes anda dan apakah jalan penyelesaian yang anda boleh tawarkan kepada mereka. Mungkin mereka tidak mengalami permasalahan itu sekarang tetapi kadang kala mereka mungkin akan mencari anda semula pada masa akan datang apabila mereka mula mengalaminya. 

Meningkatkan Brand Awareness

Membangunkan brand awareness sememangnya memerlukan waktu. Dalam membangunkan brand awareness ini tidak hanya terbatas kepada promosi iklan kerana promosi iklan selalunya diabaikan oleh orang lain. Tetapi, tidak bermakna iklan tidak berperanan dalam brand awareness. Iklan tetap memberikan contribution terutama jika dengan content marketing yang baik. Content yang menyakinkan akan menjadikan brand anda lebih mudah untuk diterima oleh audiens.⁣

Dengan adanya content marketing yang berkualiti, ini akan membantu anda dalam mempromosikan bisnes anda secara maksimum. Hal ini akan membantu untuk anda menarik lebih ramai pelanggan dan membuat mereka mengingati dengan baik apa yang anda promosikan pada mereka. Jika ianya dilakukan secara konsisten, pelanggan juga akan lebih mudah mengingati dan mengenal brand anda berbanding dengan brand yang lain lebih-lebih lagi apabila mereka terdetik untuk mencari sesuatu barangan atau produk. Pada ketika ini, mereka akan terus mengingati brand dan produk anda lalu terus mencari anda untuk membuat pembelian.

Semakin banyak content yang anda hasilkan, semakin besar kemungkinan pelanggan akan melakukan pembelian. Ini kerana mereka akan semakin kenal dengan brand anda. Ini juga akan menarik lebih ramai pelanggan baru.

Meningkatkan Engagement 

Engagement merupakan satu faktor penting dalam pemasaran digital. Semakin tinggi nilai engagement, semakin bermakna content tersebut kepada audiens.⁣ Content yang menarik akan memberikan tanggapan yang baik oleh audiens dan membuka pintu untuk anda terlibat dengan mereka secara langsung. Melalui engangement, ianya membuatkan audiens mempercayai produk dan perniagaan kita adalah legit dan bukan hanya fake account sahaja. 

Oleh itu, sebagai seorang usahawan, anda perlu menghasilkan content yang mengikut situasi semasa dan dekat dengan audiens anda. Ini membolehkan audiens untuk menerima content tersebut dengan lebih mudah. ⁣Pendek kata, content marketing merupakan satu bentuk kandungan media sosial yang sering digunakan dalam pemasaran untuk menarik perhatian audiens. Content yang menyentuh permasalahan audiens lebih mudah untuk diterima kerana mereka akan berfikir bahawa mereka telah jumpa penyelesaian kepada permasalahan mereka. 

Reach di Posting Lebih Tinggi 

Apabila anda selalu dan konsisten dalam pembuatan atau perkongsian content yang bermanfaat dan relevan dengan business anda, secara tidak langsung, anda akan dapat menarik followers baru kerana reach di post anda lebih tinggi dan kebanyakkan audiens lebih menggemari isi kandungan content yang mampu memberi manfaat kepada mereka. Dengan pembuatan dan perkongsian content yang relevan, ianya akan mampu menarik ramai pengguna terutamanya di media sosial untuk datang dan melihat posting anda sekaligus membuka peluang kepada mereka untuk mengenali lebih lanjut tentang produk perniagaan anda.

Selain itu, anda akan mempunyai fans yang tersendiri dan akan sentiasa mengikuti perkembangan bisnes anda. Dari itu, mereka akan lebih mengenali bisnes anda dan mengetahui nilai yang boleh mereka dapat daripada produk anda. Dengan cara ini, anda boleh menukar fans kepada customers.

Meningkatkan Jualan

Salah satu strategi meningkatkan hasil jualan ialah dengan menggunakan content marketing. Content yang menarik dan menyentuh masalah-masalah yang dihadapi pengguna akan memudahkan lagi proses jualan berlaku.⁣ Content Marketing akan meningkatkan kesedaran orang tentang pentingnya sesebuah produk. Kejelasan informasi membuatkan orang sedar tentang manfaat produk dengan lebih utuh. Ketika produk kita telah dipercayai, akan muncul keinginan seseorang untuk melakukan pembelian. Dengan adanya content marketing yang padat dengan info, ini akan menjawab segala maklumat yang pelanggan ingin tahu dan ini akhirnya membuatkan mereka melakukan pembelian di kedai anda.

Penjadualan posting content marketing akan membantu anda untuk mengekalkan prospek yang telah ada. Hal ini kerana, mereka mungkin akan membuat pembelian pada masa akan datang mungkin kerana pada masa kini mereka mungkin masih tidak memerlukannya lagi. Sekiranya anda konsisten membuat posting content secara berkala, prospek akan merasakan bisnes anda masih dijalankan dan tidak berasa ragu-ragu untuk melakukan pembelian pada masa akan datang. 

Semoga tips ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan manfaat kepada anda !

Ejen2u, 

Sama-sama Naik !

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.