5 Perkara Founder Perlu Tahu Sebelum Berniaga

by | Feb 17, 2022 | Tips Bisnes | 1 comment

Apabila bercerita pasal bisnes, ramai orang didunia ini mengimpikan menjadi kaya, raya dan berjaya didalam bisnes. Ramai orang didunia ini tahu bahawa cabangan pemerolehan pendapatan yang paling lumayan adalah bisnes. Ramai orang didunia ini juga tahu bahawa nak mengeluarkan diri dan keluarga dari belenggu hutang dan kesempitan hidup adalah dengan menceburi bisnes. Namun, ramai orang didunia ini takut nak berbisnes kerana memikirkan risiko yang bakal ditanggaung ababila gagal dalam bisnes!

 

Jadi, untuk anda benar-benar nak bermula bisnes dengan cara yang betul dan terkawal, penulis sertakan 5 perkara founder perlu tahu sebelum berniaga.

1. Modal dan Risiko

Semua bisnes yang mengeluarkan modal pasti ada risiko. Modal dan risiko adalah dua beradik yang datangnya silih berganti. Terimalah hakikat ini seadanya!

Namun, sebagai insan yang ingin memulakan bisnes dengan bijak dan selamat, bermulalah dengan modal yang kecil dahulu. Rasai bagaimana berbisnes dengan mengikat perut dan berjimat cermat dalam membuat keputusan. Jangan boros, keuntungan yang kecil disalurkan untuk menambahkan lagi modal bisnes. Risiko itu pasti ada, namun apabila perbelanjaan modal disalurkan kepada pembangunan bisnes yang betul dan terancang, maka risiko kegagalan dapat diminimakan.

2. Produk dan Potensi Saiz Pasaran

Kaji dan lihat secara mendalam produk yang bakal dihasilkan dan diniagakan. Produk yang mudah dijual dan laku adalah produk makanan, namun jurang untungnya nipis. Produk pelangsingan badan adalah yang paling laju sekarang, namun foundernya kenalah langsing dahulu. Produk memutihkan tona wajah juga antara yang paling laju sekarang, tetapi kompleksi wajah founder kenalah glowing dahulu. Produk berteraskan Islamik seperti sejadah dan AlQuran elektronik juga sedang laju, tetapi foundernya perlulah mendirikan solat 5 waktu dan rajin membaca Al-Quran. Produk tudung wanita dan makanan sunnah juga agak laju jualannya masakini, tetapi foundernya perlulah menutup aurat.

Kemudian kaji saiz pasaran dengan membuat bacaan lanjut didalam media sosial. Cuba jadi ejen-ejen mereka selama 3 ke 6 bulan, lihat persona founder produk-produk ini, kaji skill founder-founder ini, lihat aktiviti lazim dan modus-operandii mereka. Potensi pasaran hanya boleh dihayati apabila anda masuk kedalam industri dan mengamalkannya. Mana boleh menjadi founder syarikat ejen dan stokis tetapi tidak pernah menjadi ejen dan stokis syarikat lain! Anda tidak tahu dan tidak faham perjuangan!

3. Prasarana dan Aktiviti Pemasaran

Kaji dimanakah premis yang sesuai untuk anda mula bertapak, bermulalah di rumah dahulu, kemudian bila sudah ada sedikit keberuntungan, baharulah anda berpindah ke premis perniagaan yang sempurna. Kerana bisnes lebih profesional apabila anda ada premis perniagaan. Pilih tempat yang baik, tidak terlalu tersorok dan keadaan keselamatan yang terjamin.

Kaji bagaimana founder-founder syarikat lain melaksanakan pemasaran didalam website rasmi syarikat mereka, saluran media sosial mereka, iklan-iklan mereka, video-video live, reels, igTV, Tik Tok, FBLive dan YouTube Live mereka. Studi setiap bait kata-kata mereka dan pendekatan mereka apabila berdiplomasi dengan pasukan ejen dan stokis mereka.

4. Pengalaman dan Latihan

Sepertimana yang penulis sebutkan pada perkara kedua diatas, anda sertai syarikat lain dahulu, rasai dan hayati pengalaman yang berharga dari syarikat itu. Sentiasa hadir ZOOM dan Google Meet coaching yang founder-founder ini laksanakan. Kaji susunatur modul pemasaran dan penjualan mereka. Kaji bagaimana founder-founder ini memberikan ganjaran, award dan reward kepada pasukan ejen dan stokisnya. Kaji juga ‘alter-ego’ yang mereka pamerkan dari segi penampilan mereka. Memang seronok melihat gelagat mereka ini, sungguhpun ada founder yang agak terlepas kelakuannya, tetapi merekalah yang berjasa besar dalam mebantu ramai insan lain yang berkesempitan hidup bertukar menjadi insan yang berpendapatan mewah dan selesa!

Apabila anda dapat mewarisi ilmu latihan usahawan founder-founder ini, anda sebagai founder syarikat anda nanti boleh gunakan skill yang lebih kurang sama untuk membangunkan ejen dan stokis anda, kerana ianya sudahpun terbukti berkesan!

5. Komitmen dan Konsistensi

Komitmen didalam industri ejen dan stokis tidak menuntut kepada pengamalnya berhenti kerja. Bisnes menjadi ejen dan stokis boleh dilakukan secara sampingan dan sambilan. Apabila mempelajari industri ejenship dengan menjadi ejen dan stokis, anda akan mendapat ritma berbisnes dengan konsisten, tahu cara nak bahagi masa untuk membuat pemasaran, penjualan, latihan usahawan untuk pasukan dan juga latihan usahawan secara perseorangan.

Satu hari anda luangkan 4 jam sahaja. 1 jam untuk proses persediaan bertemu pelanggan, 2 jam bertemu pelanggan dan menjelaskan ciri-ciri unik produk sehingga produk terjual, 1 jam untuk kembali pulang kerumah dan rekodkan jualan. Komitmen yang amat mudah.

Sekiranya dibawah pasukan anda ada 100 orang ejen dan mereka semua masing-masing meluangkan masa 4 jam berbisnes sehari. Ini bermakna pasukan anda berkomitmen berbisnes 400 jam sehari! Inilah keindahan industri ejenship bagi anda founder yang baru nak mula bisnes.

Dan untuk mula membina komitmen dan konsistensi didalam berbisnes, perlu kepada perancangan yang padu, jitu, tersusun, dan dapatkan khidmat bantuan pakar yang terbukti berkesan. Jadi klik disini sekarang untuk dapat bantuan daripada Ejen2u.

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.