5 Tips Social Media Marketing

by | Nov 10, 2022 | Marketing Strategy | 0 comments

5 TIPS SOCIAL MEDIA MARKETING 

Tips Social Media Marketing

Platform media sosial tidak asing lagi dalam menjadi pilihan para usahawan dan ahli perniagaan di luar sana untuk meluaskan lagi produk dan perniagaan mereka. Dengan menggunakan platform media sosial, anda dapat mempromosikan jenama dan produk anda, membina audience anda, menjana prospek, meningkatkan jualan dan meningkatkan trafik ke laman website anda. Tidak dinafikan, media sosial adalah salah satu platform yang mampu memberikan banyak kelebihan kepada para usahawan dan ahli perniagaan di luar sana, lebih-lebih lagi, media sosial juga mempunyai fungsi tersedia yang lebih memudahkan urusan jual beli berlangsung. Contohnya, kini kita mempunyai TikTok Shop, Facebook Marketplace dan Whatsapp Business. Di mana, para pelanggan anda dapat membeli produk anda hanya dalam satu aplikasi sahaja. Mudah kan ?     

Jadi, untuk memudahkan anda untuk meluaskan produk anda di mana-mana aplikasi media sosial, penulis sertakan beberapa tips yang anda boleh aplikasikan semasa membuat marketing untuk produk dan jenama anda di platform media sosial. 

research tentang industri anda

1. Lakukan penyelidikan tentang industri anda

Untuk mendapatkan idea tentang jejak industri anda, adalah penting untuk anda meluaskan jaringan apabila melakukan penyelidikan pasaran. Anda boleh lakukan penyelidikan dengan mencari hashtags popular di Instagram dan Twitter dengan kata kunci khusus industri anda dan dari situ anda boleh melihat pelbagai jenis posting yang boleh membantu anda mendapatkan idea untuk membuat content. Dari hasil carian ini juga, anda dapat mengenalpasti pesaing anda dalam industri yang sama dan influencer yang dapat membantu anda dalam mempromosikan produk dan jenama anda. Di mana kedua-duanya adalah aset penting untuk perniagaan anda.

Anda boleh menyertai kumpulan sembang dalam industri anda di Facebook atau follow akaun sifu bisnes di Instagram untuk melihat topik-topik atau trend pasaran terkini yang dibincangkan. Ini dapat membantu anda mendapatkan gambaran tentang jenis posting yang sering dikongsikan. Jika anda boleh kenal pasti trend terkini, social media posting anda boleh mendapat perhatian audience anda.

Akaun rasmi social media business

2. Akaun rasmi media sosial perniagaan 

Anda perlu membuat atau menukar media sosial anda yang serba ada kepada akaun perniagaan. Tidak kira sama ada anda membuka akaun perniagaan Facebook atau Instagram, anda akan disajikan dengan lebih banyak features yang memudahkan anda untuk menjalankan urusan perniagaan. Pelanggan anda juga akan lebih mudah untuk mencari akaun media sosial anda dan lebih mudah untuk mereka menghubungi anda, malah mereka juga boleh terus membuat pembelian hanya melalui akaun sosial media anda sahaja. 

Terdapat juga beberapa fungsi tambahan yang lebih memudahkan anda sebagai seorang pemilik perniagaan seperti banyak aplikasi media sosial yang menawarkan data analisis untuk posting sosial media anda. Di mana ianya dapat membantu anda memantau prestasi dan engagement dalam akaun sosial media perniagaan anda. Selain itu, terdapat juga keupayaan untuk menggunakan promosi berbayar untuk posting anda, di mana ianya dapat membantu membina brand awareness anda.    

Antara platform social media yang menawarkan akaun perniagaan ialah :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
  • Tiktok
Kenali-Audience-Anda

3. Kenali audiences anda

Melalui penyelidikan anda, anda akan menemui audiences anda dan cara mereka berinteraksi dengan rangkaian media sosial. Dari sini anda dapat mengenal pasti di platform media sosial yang mana mereka lebih aktif.  Tetapi mereka tidak semestinya akan aktif di satu media sosial sahaja. Anda mungkin akan mendapati bahawa audiences sasaran khusus anda nampaknya lebih aktif di Instagram, tetapi turut hadir di Twitter dan Facebook. Walau apa pun hasil pencariannya, pastikan strategi media sosial anda menyokongnya. Jika audience anda paling aktif di Instagram, anda akan mendapat manfaat paling banyak apabila melakukan marketing di Instagram daripada meletakkan lebih banyak usaha ke dalam rangkaian sosial yang mereka tidak begitu aktif. Adalah penting untuk mempunyai beberapa jenis kehadiran audiences di semua rangkaian sosial media utama supaya anda tidak hanya fokus pada satu media sosial sahaja.

 Sebahagian cara untuk mengenali audiences anda adalah dengan mengenali siapa mereka. Contohnya, jika target audiences anda ialah Gen Z, content media sosial berkenaan typewriter, walaupon hanya sebagai bahan jenaka, mungkin tidak sesuai untuk mereka kerana mereka tidak dapat kaitkan dengan generasi mereka.

Feed yang menarik

4. Feed yang menarik

Mencipta content dan feed media sosial yang cantik dan hebat ialah cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian pengguna media sosial untuk melawat akaun perniagaan anda. Luangkan masa anda untuk membuat content grafik yang cantik dan jangan lupa anda boleh share ke seluruh platform media sosial anda ! Terdapat banyak perkara yang perlu anda ketahui semasa membuat content dan feed. Daripada saiz imej media sosial yang tepat untuk setiap rangkaian media sosial kepada alat penyuntingan content media sosial dalam talian percuma yang tersedia untuk anda, terdapat banyak perkara yang boleh anda terokai untuk menjadikan feed media sosial anda kemas dan cantik mata memandang.

Pastikan content dan posting anda sentiasa fresh supaya followers anda tidak bosan melihat feed anda. Anda tidak semestinya perlu membuat posting hard-sell berkenaan produk anda sahaja, anda juga boleh membuat posting soft-sell yang menceritakan tentang kelebihan dan manfaat produk anda supaya para followers anda akan lebih mengenali dan percaya pada produk anda sebelum mereka membuat pembelian. Apabila dah jelas tentang kelebihan produk, lebih yakin kan untuk membeli ? 

Membuat-posting-setiap-hari

5. Membuat posting setiap hari

Dengan membuat posting setiap hari akan menunjukkan yang bisnes anda masih aktif dan pengguna media sosial dan followers anda boleh membuat pembelian dengan anda. Tidak semestinya anda perlu post 10 content pada setiap platform media sosial setiap hari. Perkara ini hanya akan membuatkan followers anda untuk unfollow akaun media sosial anda sahaja. Kajian menunjukkan dengan membuat 5 posting sehari di pelbagai platform social media yang berbeza, secara tidak langsung telah menjadikan anda seorang ahli perniagaan yang berjaya !

Dengan membuat posting setiap hari, ianya akan membuatkan produk anda sentiasa muncul di timeline followers anda sekaligus nama brand anda akan tersemat dalam fikiran mereka.  Jika mereka mencari sesuatu produk yang boleh menyelesaikan masalah mereka, pasti nama brand anda yang terlintas pada fikiran mereka ketika itu. Apabila mereka melawat akaun media sosial anda, kebetulan pula anda ada membuat posting hari ini, mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat pembelian dengan anda kerana mereka percaya yang perniagaan anda masih aktif.

 

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk melaksanakan strategi media sosial marketing anda dengan lebih berkesan. 

 

Ejen2u,

Sama-sama Naik !

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.