7 Golden Tips Konsisten Bisnes dalam Sistem Ejen

by | Sep 6, 2022 | Dunia Ejenship, Marketing Strategy | 0 comments

NAK KONSISTEN BISNES SUSAHKAN?

Kelebihan Strategi Content Marketing

Orang mahu mula berbisnes pada zaman sekarang amat lah senang. Lagi-lagi jika terjebak dalam dunia ejenship. Jika anda mulakan bisnes dengan menjadi dropship, tiada modal yang perlu dikeluarkan. Jika menjadi ejen atau stokis pula, modal hanya perlu dikeluarkan untuk membeli produk. Tidak perlu sakit kepala fikir tentang production, logistik dan urus tadbir bisnes. Itu lah keindahan dunia ejenship ni.

Tetapi, bila bisnes yang mudah dimulakan ini, mula lah orang ambil ringan. Berapa ramai orang diluarsana yang pada mula nya excited untuk memulakan bisnes tetapi kecundang selepas beberapa bulan…

Puncanya?

TIADA KONSISTENSI

Konsisten bisnes atau istiqamah dalam bisnes hanya dapat diraih apabila kita sebagai manusia mengingat kembali mengapa perlu kita berbisnes? Mengapa perlu konsisten berbisnes?

 

1. Untuk balas jasa mereka yang setia bersama kita 

Sewaktu kita susah, hati kita sayu melihat insan-insan yang tersayang turut serta redha berasa kesempitan hidup bersama kita. Merekalah yang mendoakan kita, menangis dan berlapar bersama dengan kita. Setiap kali malas perasaan malas dan putus asa ingin masuk kelubuk hati kita. Ingatlah, bahawa perjuangan pencarian rezeki halal ini adalah untuk mebahagiakan mereka!

2. Untuk balas jasa mereka yang membantu kita

Insan-insan ini pastinya masih kekal bersama dengan anda atau mungkin telah mengikuti hala-tujunya masing-masing. Namun, anda perlu ingat, tanpa peluang yang diberikan, anda tidak berada dimana anda hari ini. Sekecil-kecil bantuan yang anda terima, mahupun dari segi sokongan moral atau pun berbentuk wang ringgit. Anda perlu ingat jasa mereka. Jangan sia-siakannya.

3. Mengadu dan bercakap kepadaNya ketika dilanda perasaan negatif

Terapi terbaik didalam bisnes, paling ulung dan paling mujarab adalah apabila kita bercakap dan berdoa kepadaNya. Apabila menerima penolakan dari klien, dalam sedih anda mengadu dan berdoa kepadaNya. Apabila menerima sedikit kejayaan dalam berbisnes, dalam gembira anda bersyukur dan berdoa kepadaNya. Apabila anda konsisten berdoa kepadaNya, konsisten berusaha keranaNya, DIA akan konsisten menjaga untung nasib kita sekeluarga!

4. Rutin harian pagi

Cara paling mudah untuk konsisten tapi paling ramai tak boleh buat adalah melatih diri anda untuk mulakan pagi anda dengan perkara produktif. Orang putih kata “early bird gets the worm”. Cepat-cepat bangun pagi, solat, mengenakan pakaian kemas, sediakan produk, sediakan ‘tools’ pemasaran, berlatih berucap buat ‘sales pitch’ depan cermin, update media sosial untuk zero cost marketing, cepat-cepat keluar rumah untuk beraktiviti bisnes bertemu klien/pelanggan. Lakukan perkara ini setiap hari akan membina kebiasaan. Kebiasaan itulah bernama konsisten.

5. Kongsi pencapaian harian dengan orang sekeliling

Segala bentuk pengalaman berbisnes harian yang anda hadapi, samada penerimaan atau penolakan, ceritakan kepada pasangan hidup anda. Segala bentuk matlamat yang ingin dicapai, ceritakan kepada pasangan hidup anda dan anak-anak anda. Segala bentuk keberhasilan pendapatan yang anda raih, bawalah mereka berjalan-jalan, makan dan nikmatilah secara bersama. Istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan, mencari rezeki yang halal untuk keluarga, semuanya membina rasa bahagia didalam hati. Hati yang Bahagia akan menjadi semangat untuk anda bertambah konsisten dalam bisnes.

6. Matlamat jangka pendek & panjang

Matlamat adalah untuk dicapai. Untuk anda capat matlamat besar anda, tetapkan dulu matlamat kecil yang boleh membantu anda untuk capat matlamat besar tersebut. Anda boleh mulakan dengan membuat matlamat harian dan kemudiannya matlamat bulanan. Bila anda konsisten mencapai matlamat harian, ia akan membina habit untuk anda menjadi lebih konsisten dalam bisnes anda nanti.

7. Ingat Balik BIG WHY Anda!

Big Why ini sangat penting dalam bisnes anda. Kalau sekadar nak buat bisnes sebab suka suka, mungkin suka untuk bisnes anda untuk tahan lama. Sebab itu, dalam setiap bisnes perlu ada BIG WHY. Big Why ini akan jadi pemangkin kepada konsistensi bisnes anda. Jadi sentiasa tanam dalam minda, hati dan perbuatan anda bahawa semua tenaga, masa dan duit yang telah anda keluarkan ini adalah kerana BIG WHY anda.

Semoga tips ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan manfaat kepada anda !

Ejen2u, 

Sama-sama Naik !

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.