7 Tips Konsisten Bisnes

by | May 3, 2023 | Dunia Ejenship, Tips Bisnes | 0 comments

7 TIPS NAK KONSISTEN DALAM BISNES

Konsisten sangat penting dalam bisnes ini sangat penting untuk pastikan bisnes anda sentiasa berkembang. Konsisten atau istiqamah dalam bisnes hanya dapat diraih apabila kita sebagai manusia mengingat kembali mengapa perlu kita berbisnes.

Mengapa perlu konsisten berbisnes?

1. UNTUK MEMBALAS JASA MEREKA YANG SETIA BERSAMA KITA.
Sewaktu kita susah, hati kita sayu melihat insan-insan yang tersayang turut serta redha berasa kesempitan hidup bersama kita. Merekalah yang mendoakan kita, menangis dan berlapar bersama dengan kita. Setiap kali malas perasaan malas dan putus asa ingin masuk kelubuk hati kita. Ingatlah, bahawa perjuangan pencarian rezeki halal ini adalah untuk mebahagiakan mereka!

 2. UNTUK MEMBALAS JASA MEREKA YANG TELAH MEMBANTU KITA
Insan-insan ini pastinya masih kekal bersama dengan anda atau mungkin telah mengikuti hala-tujunya masing-masing. Namun, anda perlu ingat, tanpa peluang yang diberikan, anda tidak berada dimana anda hari ini. Sekecil-kecil bantuan yang anda terima, mahupun dari segi sokongan moral atau pun berbentuk wang ringgit. Anda perlu ingat jasa mereka. Jangan sia-siakannya.

 3. APABILA MUNCUL PERASAAN NEGATIF TENTANG BISNES ANDA, CEPAT-CEPAT MENGADU DAN BERCAKAP KEPADANYA.
Terapi terbaik didalam bisnes, paling ulung dan paling mujarab adalah apabila kita bercakap dan berdoa kepadaNya. Apabila menerima penolakan dari klien, dalam sedih anda mengadu dan berdoa kepadaNya. Apabila menerima sedikit kejayaan dalam berbisnes, dalam gembira anda bersyukur dan berdoa kepadaNya. Apabila anda konsisten berdoa kepadaNya, konsisten berusaha keranaNya, DIA akan konsisten menjaga untung nasib kita sekeluarga!

4. RUTIN HARIAN PAGI
Cara paling mudah untuk konsisten tapi paling ramai tak boleh buat adalah melatih diri anda untuk mulakan pagi anda dengan perkara produktif. Orang putih kata “early bird gets the worm”. Cepat-cepat bangun pagi, solat, mengenakan pakaian kemas, sediakan produk, sediakan ‘tools’ pemasaran, berlatih berucap buat ‘sales pitch’ depan cermin, update media sosial untuk zero cost marketing, cepat-cepat keluar rumah untuk beraktiviti bisnes bertemu klien/pelanggan. Lakukan perkara ini setiap hari akan membina kebiasaan. Kebiasaan itulah bernama konsisten

5. KONGSI PENCAPAIAN HARIAN DENGAN ORANG SEKELILING
Segala bentuk pengalaman berbisnes harian yang anda hadapi, samada penerimaan atau penolakan, ceritakan kepada pasangan hidup anda. Segala bentuk matlamat yang ingin dicapai, ceritakan kepada pasangan hidup anda dan anak-anak anda. Segala bentuk keberhasilan pendapatan yang anda raih, bawalah mereka berjalan-jalan, makan dan nikmatilah secara bersama. Istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab kekeluargaan, mencari rezeki yang halal untuk keluarga, semuanya membina rasa bahagia didalam hati. Hati yang Bahagia akan menjadi semangat untuk anda bertambah konsisten dalam bisnes

6. TETAPKAN MATLAMAT JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG.
Matlamat adalah untuk dicapai. Untuk anda capat matlamat besar anda, tetapkan dulu matlamat kecil yang boleh membantu anda untuk capat matlamat besar tersebut. Anda boleh mulakan dengan membuat matlamat harian dan kemudiannya matlamat bulanan. Bila anda konsisten mencapai matlamat harian, ia akan membina habit untuk anda menjadi lebih konsisten dalam bisnes anda nanti.

7. INGAT BALIK BIG WHY ANDA!
Big Why ini sangat penting dalam bisnes anda. Kalau sekadar nak buat bisnes sebab suka suka, mungkin suka untuk bisnes anda untuk tahan lama. Sebab itu, dalam setiap bisnes perlu ada BIG WHY. Big Why ini akan jadi pemangkin kepada konsistensi bisnes anda. Jadi sentiasa tanam dalam minda, hati dan perbuatan anda bahawa semua tenaga, masa dan duit yang telah anda keluarkan ini adalah kerana BIG WHY anda.

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.