Marketing Trend 2023 Yang Kekal Untuk Tahun 2024

by | Dec 13, 2023 | Marketing Strategy, Tips Bisnes | 0 comments

3 Marketing Trend 2023 yang akan kekal pada Tahun 2024 

Teknik Marketing bakal berubah mengikut transformasi teknologi digital. Tetapi, dalam artikel kali ini, Ejen2u akan highlightkan 3 cara marketing 2023 yang anda boleh gunakan untuk tahun 2024 mengikut ramalan-ramalan dunia.

1. Social Commerce

Ramai brand owner yang telah memulakan marketing social commerce semenjak awal tahun 2023. Brand owner seperti Jovian, Rizman Ruzaini, Bulan Bintang dan lain-lain aktif menggunakan features social commerce yang ada di platform social media mereka. Antara sosial media yang paling aktif dengan penggunaan social commerce ini adalah TikTok Shop.

Disebabkan bilangan pengguna sosial commerce makin meningkat, ia diramalkan untuk platform sosial commerce ini terus kekal relevan pada 2024. Kemungkinan, pelbagai features baru akan diketengahkan oleh mereka untuk menaik taraf aplikasi mereka agar lebih user friendly untuk penguna dan juga business-friendly untuk brand owner.

Jadi, dinasihatkan untuk bisnes owner untuk menceburi marketing secara sosial commerce ini sementara ianya masih relevan. Kenali potensi platform ini akan membantu brand owner untuk bina satu plan strategik untuk 2024.

2. Konten Video 

Point yang kedua ini pasti ramai yang sudah tahu. Untuk makluman anda, survey dari Statista menunjukkan terdapat 3.37 billion pengguna Internet yang menhadam konten berbentuk video pada 2022 dan dijangka 3.5 bilion pengguna pada 2023. Pengunaan konten video secara online ini juga telah berjaya mencapai 92% audience reach serata dunia.  Ini telah menunjuk betapa efektifnya konten secara video sebagai medium untuk marketing.

Boleh lihat trend brand-brand besar seperti kemunculan Youtube Shorts di India pada hujung tahun 2020 untuk penggunaan video pendek sejurus selepas India ban Tiktok. Kemudian ia nya officially release kepada semua pada tahun 2021 dan juga kemunculan fungsi Reels di Instagram dan lain-lain lagi. 

Bisnes owner yang masih belum menggunakan konten video secara efektif sudah boleh analyze konten media sosial mereka dan juga kompetitor untuk untuk mengenalpasti jenis-jenis konten yang efektif.  

3. Mobile-First Marketing

Gadget seperti telefon bimbit sudah menjadi salah satu keperluan dalam era teknologi sekarang. Segala jenis input boleh di consume dengan 1 klik sahaja. Itulah sebab nya, tahun 2024, dijangkakan, teknik marketing akan lebih focus kan segala bahan kreatif dan juga strategi mereka untuk lebih fokus kepada seamless mobile-experience.

Contohnya seperti pembuatan landing page atau sales page yg lebih mobile-friendly.

Trend mobile-first marketing ini sebenarnya sudah boleh dilihat daripada perubahan Youtube yang menggunakan konten secara landscape kepada Youtube Shorts yang menggunakan konten video secara Potrait. Walaupun pada asasnya, ia hanyalah orientasi size konten, tapi sebenarnya ia memainkan peranan yang besar yang boleh memberi impak kepada pengalaman penonton konten tersebut.

Selain itu, menurut Statista, peratusan pengguna internet dari umur 15-24 tahun adalah lebih tinggi daripada 25 tahun keatas. Penguna muda seperti mereka ini lebih banyak meluangkan masa di mobile-centric platform seperti Instagram, Tiktok dan Snapchat. Jadi strategi marketing bisnes harus menggunakan mobile-first marketing style.

Semoga tips ini dapat memberi manfaat untuk bantu anda strategikan marketing plan tahun 2024!

Perlukan bantuan? Anda boleh berhubung dengan WEMAP untuk dapatkan kelas marketing untuk growkan lagi bisnes anda!
Layari Ejen2u sekarang!