SISTEM EJEN DAN SISTEM STOKIS

by | Jun 17, 2022 | Dunia Ejenship, sistem ejen, Tips Bisnes | 0 comments

BEZA SISTEM EJEN DAN STOKIS

Untuk kenalpasti perbezaan sistem ejen dan sistem stokis, mari kita kenali makna perkataan ejen dan stokis dahulu.

Ejen

Seorang yang memasarkan produk-produk syarikat anda. Mereka tidak mempunyai premis perniagaan, tidak membangunkan produk, tidak mempunyai firma perniagaan sendiri, mereka menyertai syarikat anda dengan modal yang kecil. Ingin meraih pendapatan secara sambilan dan sampingan.

Stokis

Seorang yang menyimpan stok produk untuk diniagakan oleh ejen-ejen dibawah pimpinan mereka. Mereka JUGA tidak mempunyai premis perniagaan, stok produk disimpan di premis kediaman masing-masing, tidak membangunkan produk, tidak mempunyai firma perniagaan sendiri, jikalau ada, sekadar SSM dan ‘current account’, mereka menyertai syarikat anda dengan modal yang sedikit besar berbanding ejen. Lebih komited memegang stok, lebih aktif memantau pasukan ejen-ejen mereka

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS EJEN DAN STOKIS DALAM DUNIA EJENSHIP

Terdapat 3 jenis Ejen

  • Ejen yang suka menyalurkan produk didalam tangan mereka dijualkan terus kepada pasukan dropship mereka. Dropshipper merekalah yang mengikis produk didalam simpanan ejen.
  • Ejen yang terus menjualkan produk didalam tangan mereka kepada klien.
  • Ejen yang melakukan kedua-dua penjualan produk kepada pasukan dropship mereka dan juga kepada klien.

Terdapat 3 jenis Stokis

  • Stokis Trading – Memegang stok yang besar, menyalurkan stok dalam tangan mereka untuk dikikis/dijual oleh ejen dan dropship mereka. untuk stokis trading adalah untuk runcit mereka raih dari pasukan ejen dan dropship mereka.
  • Stokis CentralizedTidak memegang stok yang besar. Mereka menjualkan terus produk didalam tangan mereka kepada klien. Namun stokis centralized mempunyai kelebihan mendapatkan produk dari HQ syarikat anda dengan harga yang murah dan dengan stok yang kecil.

 

2. SISTEM STOKIS DAN EJEN ADALAH BERIKUT

aStokis dan ejen dalam struktur trading hanya mendapat untung runcit melalui konsep konsainmen sesama mereka. Stokis jualkan produk dalam tangannya kepada ejen, stokis dapat terus untung runcit, kemudian ejen terus jualkan produk kepada pasukan dropship dan klien.

Stokis dan ejen dalam struktur centralized mendapat untung melalui konsep overriding. Katakan stokis membeli produk dari HQ dengan harga RM10, stokis tersebut merekrut seorang ejen, kemudian ejen membeli produk dari HQ dengan harga RM20. Maka HQ memegang ekstra RM10 untung overriding untuk diberikan kepada stokis. Jangan risau, konsep ini bukan MLM yea. (hahaa, mengapalah MLM sensasi sangat?)

KELEBIHAN SISTEM CENTRALIZED

  • Meminimumkan masalah buang harga di marketplace
  • Membanteras masalah konsaimen hutang ejen yang tak berbayar
  • Menyahkan masalah sailang-menyailang sesama stokis dan ejen
  • Menyekat masalah ejen pindah kapal secara besar-besaran ke syarikat lain

Tetapi tidaklah kita ketepikan stokis trading dan ejen trading, mereka juga mempunyai kelebihan dari segi pembinaan kepercayaan sesama mereka. Senang cerita, didalam Ejen2u, kami membangunkan sistem urustadbir ejen yang mesra konsep centralized dan trading.

Walauapapun bentuk system urustadbir yang founder pilih, ketahuilah kesemuanya perlu didigitalkan sebaiknya melalui Ejen2u. Dihujungnya, segala aktiviti gelagat stokis dan ejen akan dipantau sebaiknya oleh founder syarikat. Segala masalah birokrasi diminimakan, segala prestasi akan dipertingkatkan.

Tanyalah wakil kami di Ejen2u, saksikan prebiu PERCUMA Ejen2u, anda akan kagum, terkesima dan teruja untuk memiliki sistem urustadbir ejen yang tersusun, komprehensif, padu dan jitu!

 

Ejen2u
“Sama-Sama Naik”

Mengenai Penulis

Chief Communication Officer, Saffian Mahmud

  • Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pendidikan perniagaan dan perundingan.
  • Subject Matter Expert dalam Pengucapan Awam dan TeeUp Produk.
  • Telah membantu lebih dari 50 duta produk dan brand: melatih lebih dari 100 orang founder daripada pelbagai syarikat.